Biadab...!! Guru melakukan hukuman keterlaluan kepada murid-muridnya

Mesir- Seorang guru lelaki, bernama Magdi el-Shaar, bertindak melakukan hukuman keterlaluan kepada murid-muridnya hanya kerana kerja rumah yang tidak disiapkan. Hukuman memukul tapak tangan dengan pembaris beberapa kali, menarik rambut, serta jeritan kesakitan dan ketakutan kanak-kanak yang dihukum terpapar di dalam video itu amat menyedihkan apa lagi kanak-kanak tersebut hanya baru berumur bawah 10 tahun.

Alasan yang diberikan mengapa bertindak seperti itu, dia dilaporkan telah menyalahkan revolusi negara awal tahun ini, yang telah terjadi di kota Kafr Shukr, Gharbiya.

Apabila El-Shaar ditanya pendakwa mengapa bertindak demikian dia berkata, "Mengenakan hukuman fizikal merupakan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak terutama selepas pemberontakan 25 Januari."

Lebih daripada 10 orang kanak-kanak, semua berusia di bawah 10, kelihatan sedang didera. Polisi mengatakan guru berkenaan telah ditangkap.. dan sekolah tersebut ditutup untuk sementara atas arahan Menteri Perpaduan Sosial.




Sumber : Facebook.com

Arsip Blog