Cerita Lucu: Bapakku Hebat


Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan.

Budak A "Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa"

Budak B dan Budak C menjawab "Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan.

Budak A meneruskan cerita.. "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

"Itu tak heran" kata Budak B "Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C." Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari."

Arsip Blog