Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Buat renungan bersama :Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggung jawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk.
Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran dari arak sampai wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat berlawanan dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh tentara itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa tersiksa dan tak dapat menanggung siksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada pompa untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak botol-botol air di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam rasa panas tak hilang-hilang. Oleh karena tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh karena tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam perahu dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas.dan sadar selepas itu..tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pingsan sekali lagi.. selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan,
mengkafan kan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu :

Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. mayatnya hendak ditanamkan.tanah pun tidak menerimanya (tak dapat di bayangkan tanahpun tidak mau menerimanya)

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan dan dimasukkan ke
dalam musieum yang diberi nama Etna Grafi..selama 15 tahun

sehingga tahun 1953 Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam..tapi Allah Maha Agung, bumi tak menerimanya juga.

Habis usaha..mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu kotak marmer beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmer.

MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan ), ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk
telah mengatakan bahwa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini
tidak menerima Kamal Atartuk!”
Wassalam…

By novel attamimi

Habis usaha..mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu kotak marmer beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmer.
Pada 9 November 1938, beliau pingsan sekali lagi.. selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan,
mengkafan kan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Arsip Blog