Cerita Lucu: Oh Ayahku...


Pada suatu hari, seorang Ayah memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Ayah : Milah, mai sini sat. Ayah nak tunjuk sesuatu ni.

Milah : Ya Ayah, ada apa?

Ayah : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Milah : Apa???!!! (isk? Ayah aku ni? lain macam jerr)

Ayah : Dengar tak Ayah kata.....

Milah : Ya Ayah, Milah dengar... cuma Milah tak percaya apa yang Ayah kata ni.

Ayah : Betulll. Ayah suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Milah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang Ayah dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la Ayah dia nak buat, dah la kat rumah.

Ayah : Okeh... mai duduk sebelah Ayah. Heh? heh...

Milah : Eh!!! Ayah, Milah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Ayah : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi Ayah berkasar. Milah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Ayah : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut Ayah plak.

Milah : Apa???!!!

Ayah : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Ayah ikat mulut tu karang aaa.

Milah : Ayah...Milah takut laaa. (nak nangis)

Ayah : Milah, tengok ni

Milah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, Ayah dia dok buang tebiat. Ayah dia dah gila. Kiranya, Ayah dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Milah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Ayah : Cantik tak jam G-Shock baru Ayah ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

Arsip Blog