HANYA SEMINIT DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT SAHABAT BAIK, SEJAM UNTUK MENGHARGAINYA, SEHARI UNTUK MENYAYANGINYA, TAPI SEPANJANG HIDUP UNTUK MELUPAKANNYA.
Berikut adalah antara perkara yang kita, tidak perasan atau sengaja tidak perasaan, yang telah berlaku dalam kehidupan kita, terhadap seseorang yang telah mengambil perhatian kita, untuk diingati samada berlanjutan atau sekilas sahaja. mari kita teliti dan cuba buat refleksi sendiri
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini yang menyayangi kita dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang itu cemburu dan membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.
4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kita.
5. Setiap pagi dan malam ada seseorang yang mengingati kita sebelum dia tidur atau bangun dari tidur.
6. Kita menjadi amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Ada seseorang yang sering menatap wajah kita tanpa kita ketahui; baik secara berhadapan, dari kejauhan atau menatap gambar kita yang ada dalam simpanan atau tersiar di mana-mana.
8. Ada seseorang yang telah jatuh hati atau jatuh cinta kepada kita tanpa kita sedari. Dia sering kita jumpa setiap hari, bercakap dengannya dan memberikan kita senyuman yang menyenangkan kita.
9. Kalau bukan kerana kita, pasti ada seseorang yang menderita dan tidak hidup bahagia.
10. Ada seseorang yang mengingati kita kerana kita adalah seorang yang istimewa dan unik.
11. Seseorang yang kita tidak ketahui telah menyayangi kita.
12. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
13. Sekiranya kita merasakan diri kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.
14. Apabila kita terfikir bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya. Tetapi sekiranya kita percaya kepada diri sendiri, maka lambat laun kita akan memilikinya.
15. Kenangilah segala pujian yang kita terima. lupakan segala maki hamun dan caci cela yang dihamburkan kepada kita. Dapatkan hikmah daripadanya. Doakan kebaikan atas pelakunya.
16. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita terhadap seseorang; kita akan merasa senang, tenang dan bahagia apabila seseorang itu mengetahuinya.
17. Jangan takut untuk mengatakan tidak, jika kita tidak menyenanginya agar tidak berlaku salah faham yang menimbulkan sengsara di hati dan di jiwa.
18. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia dalah yang terbaik.
19. apabila kita mempunyai perasaan dan menyintai seseorang yang sudah berkenan di hati, usahakan supaya diketahuinya agar kita tidak merugikan masa “tergila-gila” seorang diri. mungkn dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita. Mana tahu. Belum cuba belum tahu hasilnya.
20. Apa-apapun yang berlaku terhadap kita, haruslah dilaku atau diterima secara waras bukan mengikut perasaan agar kita dan orang lain tidak merana dan sengsara. Ambillah sedikit masa dan kita pasti telah memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin boleh mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu.
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu.
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun….Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”
By novel attamimi