Tampilkan postingan dengan label Cerita Lucu Rakyat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cerita Lucu Rakyat. Tampilkan semua postingan

Cerita Lucu: Pak Pandir ada Handphone


Satu ketika di sebuah kampung jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan terlihat Pak Pandir mempunyai telefon bimbit�

�Wah Pak Pandir �ada henpon �ada line ka dekat sini �?�

Jawab Pak Pandir:

�Sini takda line, tapi kalau encik mahu talipon saya punya henpon, bagitahu saya awal-awal, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada Line�

Baca Selengkapnya...

Cerita Lucu: Pak Ali Bukan Tamak


Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apababila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.


Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Baca Selengkapnya...

Cerita Lucu: Mengaji


Azizan : Zi, ko reti tak ngaji Quran?

Azizi : Reti la sesekit� tp aku bace merangkak-rangkak lagi la�

Azizan : lerrr nape truk sangat? Sian nyer�

Azizi : apesal ko nak kesian kat aku lak? Kite bukan sedare pun.. takpe arr.. janji aku reti la jugak membace� pd org lain yang tak tau membace tu�

Azizan : tak la, aku sian la kat ko.. pasal org lain membace elok je duduk.. sesopan lagi�. yang ko lak, bace merangkak2 tu buat ape.. susah sangat ker sampai takleh duduk?

Azizi : [Dalam hati] hampeh nyer budak� aku lempang kang ha�

Baca Selengkapnya...

Cerita Lucu: Hadiah Hari Jadi Raja


Pada suatu hari tiga orang pemuda yang tamak, Ali,Abu dan Acu telah dijemput oleh raja menghadiri majlis hari jadi baginda. Lalu ketiga-tiga berasa gembira dan mula memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan nanti untuk membodek raja, maklumlah, kalau hadiahnya bagus tentu raja akan memberi balasan yang lebih besar. Akhirnya ketiga-tiga mereka membuat keputusan untuk memberikan raja buah-buahan tempatan. Benda tu kan murah, balasannya nanti mahal, tentu untung besar kita.

Bila tiba harinya, ramailah orang hadir di istana, termasuk wakil dari negara-negara jiran. Semasa waktu penyerahan hadiah, raja pun duduk diatas tahtanya sambil menerima barangan yang diberikan. Kesemua wakil dari negara jiran menyumbang emas, perak dan permata yang mahal2. Pembesar negeri dan orang kenamaan juga berikan hadiah yang tak kalah mahalnya. Bila sampai turn si Ali, dia pun membawa buah rambai didalam dulang sambil ditutup ngan kain. Bila sampai depan baginda, beliau pun membuka kain tersebut, alangkah terperanjatnya baginda. Baginda diam, muka beransur ansur bertukar color kepada merah, mata tak berkelip merenung Ali, mulut teketar-ketar seperti ingin mengeluarkan sesuatu, tiba-tiba, raja bertitah,

"Tangkap orang ini, dan sumbatkan hadiah buah rambai ke dalam bontot dia "

Apa lagi meraung raung lah Ali kena pegang oleh beberapa orang pengawal sambil disumbat rambai kedalam bontotnya.

Sampai turn Abu, kerana dia tak tau apa yang berlaku terhadap Ali, dengan bangganya membawa masuk hadiah buah rambutan. Apa lagi, sama jugak le hukumannya. Si Abu pun meraung-raung kesakitan menjalani hukuman sumbat rambutan kat bontot.

Tapi tiba-tiba, Abu tergelak bagai nak gila, pengawal pun jadi heran, padahal rambutan masih disumbat lagi.

Bila Abu dan Ali dikumpulkan, Ali pun bertanya "Kenapa masa engkau kena sumbat tu, aku dengar engkau ketawa bagai nak rak"

Abu pun berkata "Mana aku tak tergelak sakan, waktu tengah kena sumbat bontot tu, walaupun sakit giler, aku ternampak Acu bawak masuk hadiah buah DURIAN, durian tembaga pulak tu, besor gilerrrrr"

Baca Selengkapnya...

Arsip Blog