Manusia Dan Sifatnya....

Manusia itu suka bersangka-sangka

1. Ada sangkaan baik…
2. Ada sangkaan buruk…
3. Orang beribadah disangka riak
4. Orang yang relax disangka malas
5. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
6. Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
7. Orang makan banyak disangka pelahap
8. Orang makan dikit disangka diet
9. Orang baik disangka buruk
10. Orang buruk disangka baik
11. Orang senyum disangka mengejek
12. Orang masam disangka merajuk
13. Orang bermuzakarah disangka mengumpat
14. Orang diam disangka menyendiri
15. Orang menawan disangka pakai susuk
16. Orang nampak ceria disangka membela Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
17. mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
18. mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
19. mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
20. mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..
21. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
22. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia… .

By novel attamimi

Arsip Blog